Monday, October 21, 2013

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (pengredan dan prosedur pelaksanaan)



PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Penggredan
Pencapaian dalam Penilaian Berasaskan Sekolah akan dinilai dan pelajar perlu menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah:

  •  Kehadiran pelajar dalam Penilaian Berasaskan Sekolah.
  • Menyempurnakan tugasan(dinilai oleh pensyarah)
  • Portfolio individu.
  • Laporan Perkembangan Pelajar.


Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah:
1. Bahagian Pendidikan Guru memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) tentang program Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS).
2. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar.
3. IPGM akan memaklumkan atau memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan PBS kepada pihak sekolah.
4. IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk tutor dan pelajar.
5. IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.
6. IPGM memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi.
7. Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat.

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH



PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH :
1.Rasional
2. Ciri-ciri
3. Prinsip
4. Aspek Penilaian

1. Rasional Penilaian Berasaskan Sekolah:
Penilaian Berasaskan sekolah dapat mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan muird-murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. Boleh membantu guru mengetahui kenberkesanan pengajaran guru. Seterusnya, guru boleh merancang dan mengubahsuai pengajarannya. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta selepas membuat Penilaian Berasaskan Sekolah.

2. Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Sekolah:
Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembanga Peperiksaan Malaysia.
Penilaian Berasaskan Sekolah terbahagikan kepada 2 bentuk format pentaksiran iaitu:
A. Kerja kursus/ PEKA:
Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Dokumen pentaksiran adalah dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. LPM/JBN/PPD yang melantik pemantau atau penyelaras. Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Kemudian pemarkahan dihantar kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sijil dikeluarkan oleh sekolah.
B. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah:
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Peperiksaan Malaysia yang membekalkan panduan. Pemantau/penyelaras dilantik oleh LPM/JPN/PPD. Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Sijil juga dikeluarkan oleh sekolah.
C. Projek:
Calon melaksanakan tugasan di sekolah.LPM membekalkan panduan. LPM/JPM/PPD melantih pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah mengeluarkan sijil.
D. Modul.
Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi. LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan.LPM/JPM/PPD melantik pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah mengeluarkan sijil.
E. Ujian Lisan Berasakan Sekolah (USBS)
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan. LPM/JPM/PPD melantih pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah /LPM mengeluarkan sijil.

3. Prinsip-prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah:
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada beberapa perancangan berikut:
Murid akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran , siapa yang terlibat dalam pentaksiran pemilihan atau pembinaan instrument pentaksiran, penskoran,pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kapada Panduan Penilaian Berasaskan Sekolah bagi matapelajaran berkenaan.
Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar.
Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh paraturan penggredan yang telah dibina.
Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Dimoderasikan pula merujuk kepada usha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelaraskan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan . Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
Pelaporan positif. Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

4. Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah:
Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah:
1. Daya kreatif. Contohnya: mereka cipta, melukis.
2. Kemahiran proses sains, Contohnya: memerhati, membuat inferens.
3. Perlakuan dan amalan nilai. Contoh: membantu, berdikari.
4. Sikap. Contoh: bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
5. Kesihatan dan kecergasan. Contoh: sihat, cergas dan aktif.
6. Kemahiran kinestetik. Contohnya: bersukan, bergerak secara kreatif.
7. Bakat dan minat. Contohnya: Kesungguhan membuat sesuatu,kelebihan dalam sesuatu bidang

Penilaian Berasaskan Projek



Penilaian Berasaskan Projek

1. BROSUR
Definisi Brosur:
Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. 

Rubrik Penilaian Brosur:
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana(6-8)
3. Cemerlang(9-10)
Kreativiti dan keaslian:
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.


Fungsi:
1. Reka bentuk dan paparan yang salah.
2. Reka bentuk dan paparan brosur yang betul tetapiu kurang menarik.
3. Reka bentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
Tatabahasa:
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik , jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi:
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yangpelbagai, menarik dan sesuai.
2. IKLAN
Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya.

ASPEK YANG DINILAI:
Dari segi penyampaian:
-surat khabar
-televisyen
-radio

3. POSTER
Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada  dinding.

4. LAMAN WEB
Dokumen elekteronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.


5. POWER POINT

Definisi Power Point
Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hinbgga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti “background format”, “drawing” ,”colour”, “transitions” dan “animations”, “drawing tools” dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengenali persembahan yang professional.
Matlamat Power Point ialah menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT. Objektif Power Point ialah merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT . Selain itu, menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru.

Ciri-ciri Power Point :
Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan pelajaran semasa. 
Bahan yang dipertandingan mestilah mengikut kriiiiteria seperti berikut:
1. Hasil ciptaan sendiri.
2. Berkonsepkan pembelajaran kendiri.
3. Berasaskan windows.
4. Interaktif.

Aspek Penilaian Power Point adalah seperti berikut;
1. Warna , pengurusan ruang yang kreativiti.
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan.
3. Ketepatan isi kandungan.
4. Kelengkapan laporan.
5. Cara penyampaian maklumat.
6. Keistimewaan persembahan.
7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam CD.
8. Masa terhad untuk persembahan.