PENILAIAN
BERASASKAN SEKOLAH :
1.Rasional
2. Ciri-ciri
3. Prinsip
4. Aspek Penilaian
1.
Rasional Penilaian Berasaskan Sekolah:
Penilaian Berasaskan sekolah
dapat mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan muird-murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
Boleh membantu guru mengetahui kenberkesanan pengajaran guru. Seterusnya, guru
boleh merancang dan mengubahsuai pengajarannya. Guru juga dapat menjalankan
tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta selepas membuat Penilaian
Berasaskan Sekolah.
2.
Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Sekolah:
Pentaksiran Berasaskan
Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di
sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembanga Peperiksaan Malaysia.
Penilaian Berasaskan Sekolah
terbahagikan kepada 2 bentuk format pentaksiran iaitu:
A. Kerja kursus/ PEKA:
Calon melaksanakan tugasan
di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan
pembelajaran. Dokumen pentaksiran adalah dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia. LPM/JBN/PPD yang melantik pemantau atau penyelaras. Penskoran dan
pelaporan dibuat oleh sekolah. Kemudian pemarkahan dihantar kepada Lembaga Peperiksaan
Malaysia. Sijil dikeluarkan oleh sekolah.
B. Pentaksiran Lisan
Berasaskan Sekolah:
Calon ditaksir kemahiran
berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
Lembaga Peperiksaan Malaysia yang membekalkan panduan. Pemantau/penyelaras
dilantik oleh LPM/JPN/PPD. Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Sijil
juga dikeluarkan oleh sekolah.
C. Projek:
Calon melaksanakan tugasan
di sekolah.LPM membekalkan panduan. LPM/JPM/PPD melantih pemantau/penyelaras.
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah
mengeluarkan sijil.
D. Modul.
Calon ditaksir kompetensinya
mengikut spesifikasi. LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai
panduan.LPM/JPM/PPD melantik pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh
sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah mengeluarkan sijil.
E. Ujian Lisan Berasakan
Sekolah (USBS)
Calon ditaksir kemahiran
berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
LPM membekalkan panduan. LPM/JPM/PPD melantih pemantau/penyelaras. Pemarkahan
dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah /LPM
mengeluarkan sijil.
3.
Prinsip-prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah:
Dirancang di peringkat
sekolah merujuk kepada beberapa perancangan berikut:
Murid akan ditaksir, bila
pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran , siapa yang terlibat dalam
pentaksiran pemilihan atau pembinaan instrument pentaksiran,
penskoran,pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan
kapada Panduan Penilaian Berasaskan Sekolah bagi matapelajaran berkenaan.
Ditadbir di peringkat
sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan
oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan
evidens.
Diskor di peringkat sekolah merujuk
kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema
penskoran.
Dilaporkan di peringkat
sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan
tahap penguasaan pelajar.
Perumusan skor akan dibuat
berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh paraturan penggredan
yang telah dibina.
Kerangka yang ditetapkan
merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Dimoderasikan pula merujuk
kepada usha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama.
Mekanisme penyelaraskan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
Mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan . Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan
terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Kebolehpercayaan merujuk kepada
sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan
skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan
pemantauan.
Pelaporan positif. Skor yang
dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
4. Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah:
Dalam Penilaian Berasaskan
Sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah:
1. Daya kreatif. Contohnya:
mereka cipta, melukis.
2. Kemahiran proses sains,
Contohnya: memerhati, membuat inferens.
3. Perlakuan dan amalan
nilai. Contoh: membantu, berdikari.
4. Sikap. Contoh:
bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
5. Kesihatan dan kecergasan.
Contoh: sihat, cergas dan aktif.
6. Kemahiran kinestetik.
Contohnya: bersukan, bergerak secara kreatif.
7. Bakat dan minat.
Contohnya: Kesungguhan membuat sesuatu,kelebihan dalam sesuatu bidang
No comments:
Post a Comment